• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Pengarah Baharu FINAS Telah Dilantik

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah dilantik dan akan diperkenalkan kepada khalayak umum minggu depan.

Beliau berkata senarai anggota lembaga pengarah yang baharu itu terdiri daripada mereka yang berpengelaman dalam bidang kewangan dan penstrukturan semula korporat.

“Pada masa yang sama, kami juga melantik sekumpulan penasihat yang terdiri daripada mereka yang benar-benar terlibat dalam industri, mereka yang faham masalah-masalah industri dan akan dapat membantu kami menyelesaikan masalah-masalah semasa yang ada,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Festival Usahawan Malaysia di sini, hari ini.

Gobind berkaa kumpulan penasihat itu juga akan memberi nasihat dalam soal pelantikan Ketua Pengarah Finas yang baharu.

“Adalah diharapkan minggu depan kami akan dapat mengadakan satu sidang akhbar di mana kami akan memperkenalkan kesemua mereka ini kepada khalayak umum,” tambah beliau.

Finas kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa peruntukan yang diterimanya pada 2017.

Terdahulu ketika berucap, Gobind berkata kerajaan sedang menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), sebuah platform bagi PKS untuk memasarkan produk mereka ke luar negara.

Katanya setakat ini sebanyak kira-kira 3,300 PKS telah menyertai platform DFTZ sejak ia dilaksanakan tahun lepas.

Beliau berkata peniagaan dalam talian yang merentasi sempadan akan menjadi kelaziman dan PKS perlu segera mengambil kesempatan daripadanya untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.

Beliau juga menambah, ekonomi Internet Asia Tenggara dijangka berkembang daripada US$50 bilion kepada US$250 bilion (RM200 bilion kepada RM1 trilion) dalam tempoh tujuh tahun ke depan.

“Dalam zaman digital ini, ‘connectivity’ (penyambungan) adalah kuncinya…kementerian saya sedang giat berusaha untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dan mengurangkan harga perkhidmatan, untuk mewujudkan suasana dan infrastruktur kondusif untuk pembangunan dan pertumbuhan perniagaan dan ekonomi,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: FinasLembaga Pengarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

Finas Sediakan Studio Merdeka Sebagai Pusat Penempatan Mangsa

19/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda Lembah Kelang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menawarkan bantuan kepada mangsa bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd