• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inisiatif BRI: Malaysia Ketengah Isu Kesihatan Awam, COVID-19

oleh
23/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan mengetengahkan kepentingan mencapai keseimbangan dalam kesihatan awam serta menangani cabaran COVID-19 di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka menyentuh mengenai perkara itu pada Persidangan Secara Maya Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama BRI hari ini.

Beliau menyertai sidang maya itu atas undangan rakan sejawatannya Wang Yi dari China.

Persidangan tahun ini menumpukan usaha memacu kerjasama antarabangsa bagi memastikan agihan vaksin yang lebih adil, terbuka dan tanpa diskriminasi serta mempromosikan ‘pembangunan hijau’ ke arah pencapaian pembangunan mampan serta menyeluruh.

Menurut kenyataan itu lagi Hishammuddin akan turut mengetengahkan mengenai cabaran semasa dalam mengagihkan vaksin secara adil dan kaedah bagi memantapkan lagi daya tahan negara menghadapi cabaran pandemik di masa hadapan.

Sejajar dengan tema persidangan, Hishammuddin akan turut berkongsi pandangan mengenai ‘pembangunan hijau’ dalam konteks kerjasama BRI serta sasaran mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Pandemik yang berlarutan menyukarkan seluruh dunia, namun Malaysia percaya dengan sumbangan idea inovatif dan strategi hijau, negara-negara di rantau Asia Pasifik akan berupaya untuk bangkit daripada kesukaran dan bergerak ke arah mencapai pembangunan mampan,” katanya.

Malaysia dan China memeterai ‘Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Bersama melalui Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, pada 13 Mei 2017.

Pada 2020, jumlah dagangan Malaysia dengan China berkembang sebanyak 4.2 peratus mencecah nilai RM329.77 bilion. Peningkatan itu disumbangkan kenaikan eksport ke China sebanyak 12.5 peratus berjumlah RM158.6 bilion.

China kekal destinasi eksport terbesar Malaysia sejak 12 tahun berturut-turut bermula 2008. – BERNAMA

Tags: Covid-19jalur dan laluankesihatan awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd