• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Sokong Undi Tidak Percaya Terhadap Kerajaan

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan di Parlimen kelak.

Selain itu, mereka bersetuju agar Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh kerajaan sebagai satu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Katanya, menteri serta timbalan menteri daripada parti UMNO dan BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing terutamanya membabitkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan wabak, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

“Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO dan BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang diadakan pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidangan.

“Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan.

“Apa yang pasti keutamaan kami adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini timbul spekulasi mengenai usul tidak percaya akan dibentangkan di Parlimen yang dijangka akan bersidang sedikit masa lagi.

Ia susulan pertemuan ketua parti politik bersama Yang di-Pertuan Agong yang dikaitkan dengan situasi terkini politik negara. – BH Online

Tags: ahli parlimen BNUMNOUndi Tidak Percaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd