• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak mungkin Jalin Hubungan Dengan Israel

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mungkin sedia menimbang menjalin hubungan rasmi dengan Israel selagi rejim itu tidak mengubah dasarnya serta mengiktiraf kemerdekaan Palestin, menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Sekolah Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, pendirian Malaysia mengenai isu Palestin-Israel sentiasa tegas dan jelas.

“Jika Israel mahu melihat perubahan dalam pendirian Malaysia, ia mesti membuktikan bahawa Israel menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa berhubung kedaulatan Palestin serta berusaha menyelesaikan kemelut yang berpanjangan itu.

“Saya fikir Malaysia akan mengubah pendekatan dan mengiktiraf Israel andai Israel meninggalkan dasar aparteid ke atas Palestin dan rakyatnya. Kemudian kita boleh berbincang. Ketika ini, saya ragui ia boleh berlaku. Ia jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan berita antarabangsa menyatakan, Israel berminat untuk menjalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei, meskipun ketiga-tiga negara mengutuk serangan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza pada Mei lalu.

Azizuddin turut percaya, rejim itu berusaha mengubah imejnya di seluruh dunia terutama dalam kalangan negara Islam, selepas pencerobohan terbarunya ke atas Semenanjung Gaza pada Mei.

“Dasar Israel ketika ini adalah berusaha menjalin hubungan diplomatik dengan seberapa banyak negara Islam yang boleh. Ia mahu supaya banyak negara Islam menerima negara Israel itu.

“Bagaimanapun, banyak negara Islam termasuk Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel. Mungkin ini sebabnya mengapa mereka cuba menjalin hubungan dengan kita,” katanya.

Pada 17 Jun, Reuters dalam temuramah dengan Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, melaporkan Israel berminat untuk menjalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei, tiga negara yang didiami majoriti penduduk Islam di Asia Tenggara, meskipun ketiga-tiga negara ini mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk serangan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.

Karni dipetik sebagai perkara, kritikan daripada pemimpin tiga negara itu ‘tidak jujur’ dan mengetepikan ‘hakikat sebenar konflik’ iaitu sengketa Israel dengan Hamas, bukan ke atas penduduk Palestin.

“Kami sedia berbincang, kami sedia bertemu dan apa yang saya tahu, pintu sentiasa terbuka. Saya tidak merasakan bahawa susah untuk mencari kami,” katanya.

Ketika ini Israel mempunyai kedutaan di Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.

Tahun lalu, Israel menjalin hubungan rasmi dengan empat negara Arab – Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi menerusi perjanjian yang ditaja Amerika Syarikat. – BERNAMA

Tags: GazaIsraelnegara islamPalestin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd