• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL Catat 100 Peratus Kadar Pendaftaran Vaksinasi

oleh
21/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur muncul negeri kedua mencatatkan 100 peratus kadar pendaftaran vaksinasi COVID-19, selepas Putrajaya.

Angka itu diperoleh menerusi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang menjelaskan kebanyakan negeri mencatatkan kadar pendaftaran melebihi 50 peratus.

Bagaimanapun, Sabah dan Kelantan pula muncul negeri mencatatkan kadar pendaftaran terendah, masing-masing 29.18 peratus serta 48.21 peratus.

“Sebanyak 78.9 peratus populasi di Selangor sudah berdaftar bagi program sama, diikuti Labuan (78.74 peratus); Negeri Sembilan (74.13 peratus); Sarawak (73.9 peratus); Melaka (71.84 peratus); Pulau Pinang (71.66 peratus) dan Johor (70.98 peratus).

“Perlis pula mencatatkan sebanyak 66.15 peratus, manakala Perak (59.03 peratus); Kedah (58.48 peratus); Pahang (58.24 peratus) dan Terengganu (56.21 peratus),” katanya.

Sementara itu, JKJAV menjelaskan seramai 4,202,601 daripada 15,426,982 individu berdaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah divaksinasi di 528 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

Kuala Lumpur muncul sebagai negeri paling tinggi divaksinasi membabitkan 53.74 peratus daripada populasinya, diikuti Putrajaya (49.15 peratus); Labuan (38.05 peratus); Perlis (30.79 peratus) dan Sarawak (29.89 peratus).

“Seterusnya, 16.49 peratus populasi Negeri Sembilan sudah divaksinasi, diikuti Kelantan (15.18 peratus); Pulau Pinang (15.16 peratus); Perak (14.92 peratus); Terengganu (14.72 peratus); Melaka (14.66 peratus) dan Pahang (14.43 peratus).

“Sebanyak 13.91 peratus populasi di Johor dan Kedah sudah divaksinasi, manakala Selangor (13.53 peratus) dan Sabah (11.72 peratus),” katanya. – BH Online

Tags: kuala lumpurvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menggesa supaya cadangan pembinaan Masjid Warisan di sebuah tapak di hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd