• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Desak Sidang Parlimen Dalam Tempoh 14 Hari

oleh
21/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO mendesak kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, bermula hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia susulan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu supaya sidang berkenaan diadakan secepat mungkin.

“Sebagai sebuah parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, satu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan kerajaan dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021, dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Ia selepas baginda memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari pelbagai agensi kerajaan.

Raja-Raja Melayu turut menyokong dan senada dengan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, selain berpendirian Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.

Ahmad Zahid berkata, seperti yang dipersembahkan parti itu kepada Yang di-Pertuan Agong, UMNO berpendirian sidang Parlimen perlu diadakan segera.

Beliau berkata, ia bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan ketika berdepan pandemik COVID-19, selain memastikan wujud kebertanggungjawaban dalam urusan pentadbiran kerajaan.

“Justeru, tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengenai istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan dalam kedua-dua kenyataan media mengenai sidang Parlimen, yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Pemerintah,” katanya. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid Hamidipersidangan parlimenUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd