• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jet Tentera Israel Serang Gaza Lagi

oleh
18/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Jet-jet tentera Israel melancarkan serangan udara buat kali kedua dalam tempoh tiga hari ke atas Gaza pada lewat malam Khamis.

Menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF), serangan tersebut melibatkan beberapa sasaran di bandar Gaza dan Khan Yunis di selatan Gaza.

Dalam pada itu, seorang wartawan AFP dilaporkan turut mendengar bunyi letupan akibat serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis itu di bandar Gaza.

Selepas serangan udara tersebut, pejuang Hamas melepaskan tembakan menggunakan mesingan berat ke arah negara haram Israel.

Setakat ini, tiada laporan kematian dan kecederaan dilaporkan akibat serangan udara rejim Zionis itu.

Sebelum serangan itu, beberapa belon api dilepaskan ke arah negara haram Israel dari Gaza.

Pada awal Rabu lalu, jet-jet tentera Israel mencabuli gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hamas pada bulan lalu apabila melancarkan serangan udara di Gaza.

Tentera Israel ketika itu menyatakan, ia menyasarkan beberapa kemudahan Hamas dalam serangan tersebut.

Tiada laporan kematian dan kecederaan berikutan serangan pada Rabu itu di Gaza.

Pada bulan lalu, rejim Zionis mencapai persetujuan dengan Hamas untuk melaksanakan gencatan senjata setelah tentera Israel melancarkan serangan udara selama 11 hari sehingga mengorbankan lebih 200 penduduk Palestin dan lebih 1,900 orang cedera di Gaza. – Agensi

Tags: GazaPalestinrejim zionisSerangan UdaraTentera Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd