• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Nafi Keluar Surat Sokong Hishammuddin Sebagai PM

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan bahawa ia ada mengeluarkan surat bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto Padua, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian bersama dengan PAS, seperti yang tular ketika ini.

Beliau berkata kenyataan itu berbaur fitnah, malah didapati memalsukan tandatangannya, seolah-olah ia mewakili WARISAN. 

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kandungan media PAS bertarikh 11 Jun, 2021.

“Saya tidak pernah, sama ada mewakili WARISAN atau dalam kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani sebarang perjanjian kesepakatan dengan PAS bagi menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sejak Rabu lalu menitahkan setiap pemimpin parti politik di Malaysia untuk masuk menghadap, bagi membincangkan beberapa isu utama.

Ia antara lain merangkumi perihal pertimbangan untuk mengadakan semula persidangan Parlimen, selain pengurusan pandemik COVID-19 yang masih meruncing ketika ini meskipun darurat diisytiharkan.

Titah baginda itu secara tidak langsung mencetuskan khabar angin, kononnya pemerintah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bakal berakhir, sebaik tempoh proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Sehubungan itu, media melaporkan bahawa wujud percaturan di balik tabir ketika ini mengenai calon seterusnya bagi menerajui tampuk pemerintahan negara, termasuk usaha mencari sokongan, berbentuk akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen untuk menamakan beberapa individu sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Antara disebut-sebut ialah Hishammuddin sebagai Perdana Menteri, manakala Timbalan Perdana Menteri ialah Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loretto menyifatkan tindakan memalsukan surat sokongan dan tandatangan itu dibuat oleh individu yang terdesak untuk memegang tampuk kuasa.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis selepas mendapatkan nasihat peguamnya. – BH Online

Tags: Hishammuddin Tun HusseinPerdana Menteriwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd