SEORANG jurutera ditahan di Kemaman semalam berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng, berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan jam 1 tengah hari.
“Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri daripada lima orang guru dan seorang ejen insurans.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. :- BERNAMA
Oleh: SYA
ÂÂ

