• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPM 2020 Catat GPN Terbaik Sejak 2016

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, GPN tahun itu juga adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

“Ingin saya ingatkan bahawa nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Jika kita lihat GPN tahun ini adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019. Data ini menunjukkan bahawa pencapaian calon adalah lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding 2019.

“Analisis ini berdasarkan kepada calon yang mendaftar untuk kali pertama, untuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” katanya pada sidang akhbar khas keputusan SPM 2020 secara maya pada Khamis.

Jelasnya, secara keseluruhan, seramai 401,105 calon mendaftar dengan 381,894 calon menduduki SPM 2020 yang berlangsung dalam dua sesi pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu serta 6 hingga 23 April lalu.

Katanya, peperiksaan itu diadakan di 3,310 pusat membabitkan sebanyak 83 mata pelajaran.

“Ingin juga saya maklumkan bahawa Calon Layak Sijil SPM juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus bagi SPM 2020 berbanding 86.72 peratus untuk SPM 2019.

“Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) Layak Sijil SPM, terdapat 6.88 peratus peningkatan iaitu 68.22 peratus bagi SPM 2020 berbanding 61.34 peratus untuk SPM 2019,” katanya.

Radzi juga turut memberitahu keputusan peperiksaan itu boleh disemak mulai jam 10 pagi ini pada Khamis.

“Calon-calon atau ibu bapa boleh menyemak keputusan SPM 2020 ini melalui laman sesawang myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Gred Purata NasionalSijil Pelajaran MalaysiaSPM 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9,696 Calon SPM 2021 Dapat Semua A, Catat Nilai GPN 4.86

16/06/2022
0

PUTRAJAYA: Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Keputusan Kemasukan IPTA Esok

15/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd