• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajuddin Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Pelitup Muka

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihak Pejabat Peguam Negara sudah mengembalikan kertas siasatan berkaitan pelanggaran SOP oleh Tajuddin itu, semalam.

“Pejabat Peguam Negara memutuskan mengenakan kompaun RM1,500 ke atas beliau kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Tindakan itu selepas beliau gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT KLCC seperti disyaratkan dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 25 Mei lalu, Tajuddin mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, di sini, dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Mohamad Zainal berkata, kompaun sebanyak RM1,500 itu akan dikeluarkan kepada Tajuddin dalam masa terdekat.

Pada 27 Mei lalu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu.

Pada hari berkenaan, polis turut merakam keterangan tiga kakitangan Prasarana dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi tujuan sama.

Syed Saddiq dirakam keterangan berhubung satu ciapan di akaun Twitternya mengenai tindakan Tajuddin yang tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berkenaan. – BH Online

Tags: kompaunpelitup mukaTajuddin Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd