• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ERL Gantung Sementara Perkhidmatan Rel

oleh
03/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan bandar raya Kuala Lumpur akan menggantung sementara perkhidmatannya bermula Jumaat ini sehingga dimaklumkan kelak.

ERL dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan penggantungan sementara perkhidmatan rel dibuat susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

“Keputusan dibuat berdasarkan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Justeru, ERL menasihati orang ramai yang mahu melakukan perjalanan dan bergerak untuk hal mustahak ketika tempoh ini supaya mengatur pilihan pengangkutan mereka.

“Kami mohon maaf atas kesulitan terhadap rancangan perjalanan dan keperluan pergerakan anda. Sila atur pengangkutan alternatif ke destinasi anda dalam tempoh sekarang ini,” katanya.

ERL juga berterima kasih kepada pelanggannya atas sokongan dan memahami keputusan sukar yang dilakukan pihaknya.

Maklumat mengenai pilihan pengangkutan boleh didapati menerusi www.KLIAekspress.com, Facebook dan Twitter KLIA Ekspress termasuk di stesen-stesen. – BH Online

Tags: ERLKLIA EkspresKLIA Transit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan menambah jumlah kekerapan operasi tren...

ERL Beroperasi Semula 13 September Ini

09/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kendalian Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan beroperasi semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd