• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Sumbangan RM30 Juta Daripada Penjawat Awam

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menganggarkan sebanyak RM30 juta dapat disumbangkan oleh lebih 800,000 penjawat awam kepada Akaun Amanah Bencana bagi membantu negara memerangi COVID-19. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata sumbangan oleh penjawat awam itu tidak termasuk petugas barisan hadapan dan penjawat awam Gred 1 hingga 28. 

Katanya, sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda kebersamaan penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19 di negara kita.

“Sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam hal ini, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga 41 yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa kini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana. 

“Bagi JUSA A ke atas, sumbangan ITK sebanyak 50 peratus, diikuti JUSA B (20); JUSA C (10); Gred 44 hingga 56 (lima) dan Gred 29 hingga 41 menggunakan ITKA (RM10). 

“Penepatan sumbangan ini akan diberikan dalam tempoh tiga bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mohd Zuki berkata, beliau memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan. 

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita. 

“Marilah kita meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara serta membantu memastikan kita berjaya mengharungi tempoh yang mencabar ini,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sebagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini. 

Perkara itu diumumkan ketika pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+). – BH Online

Tags: pandemik COVID-19Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd