• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Pejabat Kerajaan Secara Bekerja Dari Rumah Bermula 1 Jun

oleh
31/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kehadiran bekerja penjawat awam akan dilaksanakan secara penuh menggunakan pendekatan bekerja dari rumah (BDR) berkuat kuasa 1 Jun.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelaksanaan tersebut dengan kaedah BDR secara penuh tidak termasuk perkhidmatan petugas barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

Tambah beliau, perintah tersebut bagi mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

“Semua mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

“Tiada perjumpaan atau aktiviti fizikal dibenarkan dan perkhidmatan kaunter ditutup serta segala urusan adalah melalui perkhidmatan dalam talian kecuali kaunter perkhidmatan, kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, kerajaan mengumumkan sebanyak 17 sektor perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor berkenaan adalah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar; air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusian; pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan.

Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata, namun begitu, kehadiran ke pejabat hanya dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan tidak melebihi 20 peratus.

“Dengan bertujuan pembayaran kontrak, invois dan gaji, pembayaran atau pengagihan bantuan bulanan kepada rakyat.

“Penyelenggaraan premis, pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat dalam talian.

“Penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimum empat jam dan kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi serta pas pekerja,” ujarnya.

Sehubungan itu, pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke masa dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan kepada arahan yang dikeluarkan serta sebarang pengecualian perlu mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara. – Sinar Harian

Tags: bekerja dari rumahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd