• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong Ditangguhkan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bulan depan, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata penangguhan itu yang dibuat atas titah perkenan Seri Paduka Baginda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun ini. 

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah memberi perkenan penangguhan itu selepas mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat, demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.

“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak COVID-19.

“Ini kali kedua semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda ditangguhkan selepas pada tahun lalu, semua acara juga ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Fadil berkata walaupun tiada acara sambutan, 7 Jun depan tetap diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Tags: Al-Sultan AbdullahHari Keputeraan AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan “Allah Peliharakan Sultan, Daulat Tuanku” Sempena Hari Keputeraan Agong

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan “Allah Peliharakan Sultan, Daulat Tuanku” Sempena Hari Keputeraan Agong

22/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menzahirkan ucapan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan...

Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Dedah Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong

Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Dedah Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong

20/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin menyifatkan pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan memakan diri DAP kerana dokumen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.