• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pengangkutan Teliti Laporan Interim MH370

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan meneliti laporan interim siasatan MH370 dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang kelemahan, termasuk kecuaian manusia, dalam mengendali tragedi penerbangan pesawat berkenaan pada 8 Mac tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini bagi memastikan sebarang kelemahan dan kekurangan tidak berlaku lagi di masa hadapan.

BACA: Kenyataan Interim Penuh Oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan

“Saya telah tugaskan kementerian saya melakukan kajian segera dan analisis maklumat faktual yang dilampirkan bersama laporan itu.

“Kami tegas…jika ada sebarang kelemahan…kita akan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370.

Laporan itu antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Dalam pada itu, Liow dalam satu kenyataan berkata laporan sementara dan maklumat faktual itu bukan analisis terhadap sebab-sebab kehilangan MH370.

Penerbangan MH370, yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 8 Mac. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd