• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terjatuh Dalam Liang Lahad Sebab PPE Berat, Berlapis

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mengambus tanah ketika menguruskan jenazah dengan berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) adalah antara cabaran yang perlu dilalui pasukan pengurusan jenazah Covid-19 (Tajhiz) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Biarpun terpaksa berpeluh dengan pemakaian PPE, namun 80 petugas Tajhiz secara sukarela memikul tanggungjawab itu bagi memastikan pengurusan jenazah Covid-19 di negeri ini berjalan lancar dan selamat.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, petugas berkenaan turut menguruskan jenazah bukan warganegara yang disimpan lebih 10 hari di dalam peti kerana perlu menunggu pelepasan daripada pejabat kedutaan negara terbabit.

Mohd Zaidi berkata, seramai lima anggota Tajhiz terbabit bagi menguruskan seorang jenazah bermula daripada mengendalikan jenazah di bahagian forensik hospital, sehingga menguruskan jenazah, kafan, menyembahyangkan serta memasukkan jenazah ke dalam keranda dan kenderaan.

Ketika proses pengebumian pula, lapan lagi ditugaskan memastikan liang kubur disediakan dan sesuai dengan saiz jenazah serta menurunkan jenazah dan mengambus tanah.

“Mengambus tanah secara manual dengan berpakaian PPE lengkap terutamanya dalam situasi menguruskan jenazah bagi kematian serentak antara cabaran dilalui oleh petugas kami.

“Dalam beberapa situasi, petugas terpaksa menimba air dari lahad sebelum jenazah dikebumikan. Selain itu terdapat petugas terjatuh dalam liang lahad yang tersedia kerana pemakaian PPE yang berlapis dan berat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zaidi berkata, proses pengebumian adakalanya dibantu oleh waris si mati bergantung kepada permintaan ahli keluarga namun dihadkan kepada tiga orang sahaja.

Namun, atas faktor keselamatan dan waris perlu melalui tempoh kuarantin, pengebumian hanya dilakukan oleh petugas Tajhiz.

Beliau berkata, proses penggalian kubur dilakukan oleh penggali kubur tempatan mengambil masa dua hingga tiga jam bagi penggalian secara manual dan 30 minit sekiranya menggunakan jentera binaan.

Selain itu pasukan itu turut membantu urusan pengebumian jenazah yang meninggal di negeri lain tetapi perlu dikebumikan di negeri ini susulan permintaan waris. 

Katanya, setakat ini petugas Tajhiz menguruskan 58 jenazah, daripada jumlah itu jenazah paling muda diuruskan berusia 26 tahun dan paling tua berumur 88 tahun, kedua-duanya lelaki.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) turut memantau proses dilaksanakan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk membekalkan pakaian PPE dan melakukan proses sanitasi ke atas barang dan terhadap petugas setiap kali selesai urusan pengebumian. – BERNAMA

Tags: Covid-19liang lahadPPE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd