• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pengumuman Khas PM Hari Ini – MKN

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan tiada pengumuman khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

“Tiada siaran langsung YAB Perdana Menteri berkaitan Covid-19/PKP akan diadakan pada hari ini. 

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” kata MKN menerusi Facebook rasmi, hari ini. 

Tular satu poster Muhyiddin akan mengadakan perutusan khas mengenai Covid-19 jam 9 malam di media sosial. 

Pelbagai dakwaan disebarkan di media sosial kononnya Perdana Menteri akan mengadakan pengumuman khas mengenai PKP menyeluruh seluruh negara selepas peningkatan mendadak kes Covid-19. 

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan yang memaklumkan keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan PKP menyeluruh seperti Mac 2020 akan diputuskan hari ini.

Cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan Muhyiddin, MKN serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. – myMetro Online

Tags: Covid-19MKNPerdana Menteriperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulillah, Pulang Ke Rumah” – PMX Anwar

“Alhamdulillah, Pulang Ke Rumah” – PMX Anwar

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur beliau akhirnya dapat pulang ke rumah selepas menjalani...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd