• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Sambut Baik Gencatan Senjata

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyambut baik gencatan senjata antara Gaza dan Israel pada Khamis dan mendesak semua pihak agar mematuhinya, lapor Agensi Anadolu.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 2 pagi Jumaat (2300GMT Khamis), dipersetujui selepas 11 hari Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung. Mesir bertindak sebagai perantara.

Dalam satu kenyataan media, Guterres menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama dengan PBB bagi “membangunkan pakej sokongan bersepadu untuk pemulihan dan pembangunan segera dan berterusan serta menyokong rakyat Palestin dan memperkukuh institusi mereka.”

“Pemimpin Israel dan Palestin mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan keadaan secara aman dan memulakan dialog yang serius bagi mengatasi punca konflik,” kata Guterres.

“PBB akan bekerjasama dengan Israel dan Palestin, rakan kongsi antarabangsa dan serantau, termasuk melalui Kuartet Timur Tengah, untuk kembali ke meja rundingan bagi mengakhiri pendudukan dan kemungkinan untuk mewujudkan penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan sebelum 1967, resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan perjanjian bersama,” kata Guterres.

Kuartet Timur Tengah terdiri PBB, AS, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Sementara itu, Britain pada Khamis berkata, pihaknya menyambut baik gencatan senjata berkenaan.

“Mengalu-alukan gencatan senjata di Israel dan Gaza,” tulis Setiausaha Luar Dominic Raab di Twitter.

“Semua pihak harus mematuhi dan memastikan gencatan senjata itu berpanjangan dan dapat mengakhiri keganasan serta mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

“UK sentiasa menyokong usaha untuk berdamai,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Gazagencatan senjataIsraelPalestinPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd