• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sabah Tembak Mati 5 Ahli Kumpulan Abu Sayyaf

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah melumpuhkan kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) selepas menembak mati lima lelaki di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, semua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah yang menjalankan operasi Ops Khas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, seorang daripada suspek adalah ‘sub leader’ kumpulan pengganas itu dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh Kerajaan Filipina.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi belum dikenal pasti namanya, dan semuanya berusia antara 20-an hingga 40-an.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan, seorang lelaki dikatakan secara tiba-tiba membuka pintu sebelum terus melepaskan tembakan ke arah pasukan polis.

Pada masa sama, katanya, beberapa lagi suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan.

“Dalam usaha mempertahankan diri dan menghentikan ancaman, pasukan polis terpaksa membalas tembakan.

“Serangan berjaya dihentikan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima lelaki ditumpaskan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, dua daripada suspek memegang pistol manakala tiga lagi bersenjatakan parang,” katanya pada sidang media di IPK Sabah, hari ini.

Hazani berkata, hasil operasi gabungan PDRM dan Esscom ini berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah yang mempunyai kaitan atau baiah dengan kumpulan Daesh atau IS.

Katanya, pihaknya mengesyaki masih ada saki-baki atau tali barut kepada kumpulan Abu Sayyaf ataupun pejuang Daesh yang bersembunyi di Malaysia, khususnya di Sabah.

“Kita percaya dengan kejayaan ini, kita berjaya menghapuskan Sel Abu Sayyaf di negeri ini dan PDRM Sabah akan terus meningkatkan risikan di seluruh negeri bagi mengesan saki-baki ataupun sel-sel dari negara jiran yang bersembunyi di sini,” katanya.

Hazani berkata, polis turut merampas dua pucuk pistol, dua magazine peluru, 20 peluru hidup .45, dua kelongsong peluru dan tiga bilah parang.

“Dalam insiden ini, semua anggota dan pegawai polis terselamat,” katanya.

Katanya, berdasarkan kepada maklum balas pihak berkuasa Filipina, empat suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG).

“Dua yang ditembak mati ini juga disahkan pernah terbabit dalam insiden pengeboman lori tentera pasukan keselamatan Filipina,” katanya. – BH Online

Tags: kumpulan Abu Sayyafpolis sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Ambil Keterangan Individu Didakwa Tipu 2 Juta Vaksin

21/05/2021
0

KOTA KINABALU - Polis Sabah sudah memanggil individu yang didakwa terbabit dalam penipuan membabitkan sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang...

Polis Akan Ambil Tindakan Individu Gari Anak Palauh

20/02/2020
0

KOTA KINABALU - Polis berjanji akan mengambil tindakan terhadap kakitangan mereka yang didapati bertanggungjawab menggari kanak-kanak lelaki Palauh (Bajau laut)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd