• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Keterangan Individu Didakwa Tipu 2 Juta Vaksin

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah sudah memanggil individu yang didakwa terbabit dalam penipuan membabitkan sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang untuk membantu siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali yang mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi hari ini, berkata, individu terbabit diminta hadir memberi keterangan.

“Ya, kita mengesahkan individu yang dimaksudkan sudah dipanggil ke IPK Sabah untuk memberi keterangan. Bagaimanapun, polis menafikan individu yang dimaksudkan kini ditahan. Setakat ini, beliau dipanggil untuk memberi kerjasama,” katanya.

Beliau mengulas isu sumbangan vaksin oleh ahli perniagaan dari Sabah kepada kerajaan Pulau Pinang, yang didakwa sebagai tidak benar.

Isu membabitkan ahli perniagaan yang mendakwa ada kaitan dengan sebuah syarikat di Hong Kong itu didedahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac itu adalah satu penipuan.

Ia tercetus susulan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendakwa kerajaan negeri pernah ditawarkan sumbangan vaksin oleh sebuah syarikat swasta tempatan pada Februari lalu, namun tidak mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi sidang media pada Selasa, Kon Yeow memohon KKM memberi kelulusan kepada Pulau Pinang bagi menerima sumbangan dua juta dos vaksin keluaran China itu bagi mempercepatkan proses imunisasi berikutan peningkatan kes di negeri itu.

Permohonan itu dibalas Khairy menerusi kenyataannya, mendakwa syarikat Xintai Development Enterprise Ltd tidak wujud dan tawaran itu palsu selepas pihaknya melakukan semakan carian syarikat.

Dalam reaksi balas, Kon Yeow meminta syarikat berkenaan tampil memberi penjelasan dengan mengemukakan bukti berkaitan bagi membersihkan nama serta imej mereka. – BH Online

Tags: polis sabahPulau PinangSinovacvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd