• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Bergelap, Sembunyi Selipar Punca Kluster Pauh Lima?

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Aktiviti surau diteruskan di Kampung Pauh Lima dengan puluhan jemaah sanggup solat dalam gelap demi mengelak dikesan pihak berkuasa, dikatakan antara punca tercetusnya kluster di kawasan berkenaan yang sehingga semalam menyebabkan 78 positif Covid-19.

Malah, penduduk yang hadir ke surau berkenaan juga dikatakan sanggup menyorok selipar supaya kehadiran mereka secara beramai-ramai tidak dapat dikesan.

Walaupun arahan sudah dikeluarkan dengan surau tidak dibenarkan mengadakan solat fardu melainkan hanya empat jemaah saja yang dibenarkan, namun penduduk tidak mengendahkan arahan terbabit.

Penduduk kampung berusia 45 tahun yang enggan dikenali memaklumkan, aktiviti di surau tetap diteruskan seperti biasa termasuk sepanjang Ramadan.

“Mereka tetap mengerjakan solat lima waktu seperti biasa. Cuma untuk waktu siang, kehadiran tidak seramai sebagaimana di sebelah malam.

“Ketika solat sunat tarawih, kehadiran memang ramai sehingga mereka sanggup solat dalam keadaan bergelap dan menyembunyikan selipar.

“Memang rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan penduduk berkenaan kerana kesannya habis satu kampung yang terjejas disebabkan kedegilan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Penduduk berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Yah, mengakui apa yang berlaku menimbulkan kemarahan kepada penduduk yang lain terutama mereka yang mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Saya mendapat maklumat memang ada jemaah yang batuk serta demam, namun masih pergi ke surau berkenaan untuk solat tarawih.

“Saya pun tidak faham kenapa penduduk terlalu degil untuk mengikut arahan yang dikeluarkan. Inilah dikatakan mengejar pahala di tempat yang salah.

“Bila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semua penduduk yang terjejas, bukannya hanya golongan yang melanggar SOP,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan PKPD akan dilaksanakan di dua lokaliti iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 1 Jun.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kedua-dua lokaliti berkenaan.

Katanya, dalam tempoh dua minggu, peratusan kes positif adalah 26.62 peratus di Kampung Pauh Lima, Bachok dan 55.22 peratus di Kampung Pauh Lima, Kota Bharu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar jangkitan sama ada berpunca daripada aktiviti surau atau sebaliknya. – myMetro Online

Tags: Covid-19kampung pauh limakluster
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd