• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Positif COVID-19 Global Melebihi 158 Juta, Korban 3.29 Juta

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 158.51 juta kes, berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.73 juta kes.

Ini diikuti India dengan 22.66 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.14 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Russia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Sepanyol, Jerman dan Argentina pula melebihi 3 juta kes.

Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.29 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 582,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 421,000 kes, India lebih 246,000 kes, Mexico lebih 218,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes. – Agensi

Tags: Covid-19seluruh dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd