• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Tahnik Anak Siti, Polis Rakam Keterangan 10 Individu

oleh
06/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Polis telah merakam keterangan 10 individu termasuk pemilik rumah dan penganjur majlis tahnik anak penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut.

“Beberapa individu telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut (termasuk VVIP dan penceramah agama) untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesan satu artikel sebuah portal berita pada Isnin berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang diadakan oleh seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor.

Farouk memaklumkan, kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

Pada Isnin, Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu telah menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.

Siti Nurhaliza dan Khalid juga memaklumkan atur cara dan bilangan tetamu yang diundang mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti yang tertakluk pada tempoh itu.

Menurutnya, majlis itu terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad.

Sejak beberapa hari lalu, netizen mempersoal isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik apabila dikatakan terdapat individu dari luar Kuala Lumpur dibenar merentas negeri. – Sinar Harian

Tags: majlis tahniksiti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd