• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Relau Lumpuh Penduduk Positif COVID-19, Kuarantin

oleh
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pekan kecil Relau di Bandar Baharu di sini lumpuh selepas lebih 100 penduduknya positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Kulim manakala bakinya diarah kuarantin di rumah.

EXCO Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata wabak berkenaan tercetus selepas seorang penduduk wanita yang positif COVID-19 menghadiri majlis keagamaan di kawasan berkenaan.

“Ketika ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah masih meneruskan ujian saringan kontak rapat yang hadir pada majlis yang dihadiri wanita berkenaan baru-baru ini.

“Ada antara mereka dibawa ke hospital menggunakan bas dan van Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan dan kebanyakan mereka adalah warga emas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam tular gambar dipercayai penduduk di Relau dibawa menaiki bas dan van ke hospital bagi tujuan saringan COVID-19 yang dipercayai berpunca daripada seorang wanita yang hadir di majlis tadarus al-Quran sebelum ia merebak kepada jemaah masjid dan ahli keluarga.

Dr Mohd Hayati berkata, pihak JKN turut membawa penduduk yang mengalami gejala ke hospital bagi mengelak mereka berhubung bersama ahli keluarga yang sihat di rumah.

“Saya tidak pasti berapa jumlah mereka yang dibawa untuk lakukan saringan, tetapi memang ramai kerana yang bergejala turut dibawa kerana bimbang mereka akan positif dalam tempoh dua minggu.

“Cuma sekarang kita bimbang sudah ramai yang dijangkiti namun tidak mempunyai gejala dan setakat ini hospital masih lagi mampu tampung jumlah mereka,” katanya.

Berikutan itu, Dr Mohd Hayati meminta individu yang mempunyai kontak rapat atau mempunyai gejala agar tampil melakukan saringan selain bersikap jujur mengenai keadaan kesihatan mereka.

“Mungkin ramai penduduk tidak perasan sudah dijangkiti kerana tidak mempunyai gejala, tetapi apabila ada majlis agama dan sebagainya, mereka bersembang rapat dan tidak pakai pelitup muka termasuk bersalaman dan berpelukan.

“Kita bimbang kerana banyak kes sekarang tidak bergejala, jadi sila ambil perhatian dan kita tidak mahu wabak ini terus berjangkit kepada golongan yang berisiko,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Kedahrelau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd