• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varian B.1.617.1 Tersebar Ke Hampir 30 Negara

oleh
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Varian mutasi berganda, B.1.617.1 yang mula ditemui di India, kini dikesan tersebar ke hampir 30 negara di seluruh dunia termasuk Singapura.

Berdasarkan laman web Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) semalam, negara Kota Singa itu merekodkan 121 kes COVID-19 yang didapati mempunyai varian B.1.617.1.

Malah, Singapura ketika ini berada di kedudukan keempat dunia dengan jumlah kes terbanyak yang berasal daripada varian mutasi berganda dari India.

Pada 27 April lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan berkata, varian B.1.617.1 dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di India, selain menular di sekurang-kurangnya 12 negara.

Katanya, kegusaran sedemikian timbul apabila varian mutasi berganda dari India itu dikesan menerusi lebih 1,200 jujukan yang dimuat naik ke pangkalan maklumat terbuka GISAID, dari sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia. 

WHO mendapati, kebanyakan jujukan dimuat naik dari India, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

Perangkaan GISAID setakat semalam menunjukkan varian B.1.617.1 menular ke 28 negara, termasuk India. 

GISAID ialah usaha sains global dan sumber utama yang ditubuhkan pada 2008 bagi menyediakan capaian data genomik secara terbuka berkaitan virus influenza dan coronavirus, sehingga menyumbang kepada penularan pandemik COVID-19.

Pada 10 Januari tahun lalu, jujukan genom keseluruhan pertama SARS-CoV-2 dimuat naik ke GISAID, sekali gus membuka laluan ke arah tindak balas global terhadap pandemik kesihatan berkenaan.

Ia termasuk pembangunan vaksin pertama dan ujian diagnostik bagi mengesan SARS-CoV-2.

GISAID membantu epidemiologi genomik dan pengawasan semasa bagi mengesan kemunculan sebarang varian baharu COVID-19 dari seluruh dunia.

Malah, kepentingan inisiatif berkenaan diperakui oleh menteri kesihatan Negara Anggota Kumpulan 20 (G20) serta WHO.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, hari ini turut memuat naik laporan berhubung varian mutasi berganda yang diterbitkan theonlinecitizen (TOC) ini ke akaun Facebook rasminya. – BH Online

Tags: B.1.617.1Indiapandemik COVID-19varian mutasi berganda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

11/06/2026
0

Oleh Mynewshub BANGKOK – Thailand melaksanakan perubahan besar terhadap dasar kemasukan pelancong asing dengan menamatkan kemudahan visa bebas (visa-free) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd