• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Kolej Ditahan Kemuka Borang Rentas Negeri Palsu

oleh
21/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Tindakan dua pelajar kolej swasta menggunakan borang rentas negeri yang disyaki palsu mengundang padah apabila mereka ditahan di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong di sini pada Isnin.

Kedua-duanya merupakan wanita berusia 22 tahun itu ditahan dalam sebuah kenderaan kira-kira jam 6.45 petang oleh anggota bertugas di SJR tersebut ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemeriksaan mendapati dokumen perjalanan kedua-dua wanita terbabit agak meragukan dan disyaki telah dipalsukan.

Menurutnya, hasil siasatan awal, pihaknya percaya cop dan tandatangan ketua balai yang meluluskan permit itu disyaki palsu dan dipercayai dibuat secara imbasan (scan) serta tulisan turut dipinda.

“Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik salah seorang wanita itu didapati ada salinan borang kosong rentas negeri siap ditandatangani dan dipercayai turut dipalsukan.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek telah dijalankan dan salah seorang positif ganja,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam borang yang dikemukakan kedua-dua suspek itu, alasan permohonan yang ditulis untuk memindahkan barang dan hadir kelas di Sunway University tanpa tiada cop rasmi balai dan nombor siri serta cop imbasan melalui komputer.

“Hasil siasatan, kedua-duanya pelajar kolej swasta yang berbeza tapi bukan seperti yang dinyatakan dalam borang tersebut,” jelasnya lagi.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan pemalsuan bagi maksud hendak menipu, Seksyen 471 KK menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mengulas lanjut katanya, suspek yang didapati positif ujian air kencing itu pula turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai yang hendak membuat perjalanan rentas negeri agar tidak mengemukakan borang yang telah diubah suai dengan niat memalsukan dokumen itu dan pihak polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas.

“Polis Daerah Bentong akan terus mengetatkan pemeriksaan di semua sekatan jalan raya antara negeri yang melibatkan sempadan Selangor dan Negeri Sembilan untuk memastikan penularan pandemik Covid-19 di negeri ini dapat dikawal memandangkan Plaza Tol Bentong adalah laluan utama ke pantai timur khususnya dari Lembah Kelang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Pelajar Kolejrentas negeriSekatan Jalan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Polis Buru Pelajar Kolej Rogol Remaja Bawah Umur

31/05/2022
0

Padang Besar : Polis sedang mengesan seorang pelajar kolej swasta kerana disyaki terbabit dengan rogol gadis di bawah usia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd