• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

259 Pelajar Sekolah Di Kelantan Positif Covid-19

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 259 atau 56 peratus daripada 464 individu yang dikesan positif Covid-19 di Kelantan adalah pelajar sekolah menengah, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata jumlah selebihnya adalah guru, kakitangan sekolah, murid sekolah rendah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia lebih 19 tahun.

Angka itu berdasarkan ujian Covid-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lalu, katanya.

Menjelaskan perkara itu, Dr Zaini berkata, seramai 111 orang (24 peratus) yang dikesan positif adalah murid sekolah rendah berumur antara tujuh hingga 12 tahun.

“Bagi kanak-kanak berusia kurang daripada tujuh tahun, ada seramai lapan orang (2 peratus) serta 86 orang (19 peratus) pula adalah individu berusia lebih 19 tahun (termasuk guru dan kakitangan sekolah).

“Daripada 464 kes itu daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 189 kes positif diikuti Tumpat (113), Tanah Merah (55), Pasir (36), Machang (20), Bachok (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (8), Jeli (7) dan Gua Musang (4),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, hasil kajian yang dilakukan mendapati jangkitan pantas yang berlaku di sekolah disebabkan pelbagai faktor antaranya ia mudah tersebar terutamanya di asrama.

“Pihak sekolah juga dilihat ada yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan situasi semasa di negeri ini termasuk kewujudan kluster baharu, pihak JKNK menjangkakan kes positif Covid-19 pada minggu ini berkemungkinan mencecah antara 200 hingga 300 kes sehari. – BERNAMA

Tags: Covid-19Kelantanpelajar sekolah menengah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd