• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Perak Siasat Aduan Pelajar Dikompaun RM1,500

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak menjalankan siasatan terhadap aduan kompaun RM1,500 yang dikeluarkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng atas kesalahan tidak memakai pelitup muka sepertimana tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan balas di Twitter pada lewat malam Isnin.

Menurutnya, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-ALLAH,” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika membalas ciapan seorang pemilik akaun bernama @NabilAmirul4 yang mendakwa pelajar matrikulasi terbabit dikenakan kompaun RM1,500 oleh pegawai KKM yang datang ke kafe kolej berkenaan.

Ciapan balas Dr Noor Hisham berhubung siasatan segera dijalankan Jabatan Kesihatan Perak berhubung isu kompaun yang dikenakan ke atas pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng.

Ciapan itu meluahkan rasa kesal dengan kompaun yang dikenakan sedangkan elaun diterima mereka sebagai pelajar kolej itu bagi tempoh enam bulan hanya RM1,250.

Pada Isnin tular di media sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur pematuhan standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kawasan kolej.

Perkara yang membuatkan ramai berasa kesal adalah pelajar tersebut langsung tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka dan pihak berkuasa yang masuk ke dalam kolej untuk membuat pemeriksaan telah mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara.

Terdapat juga video menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut. – Sinar Harian

Tags: jabatan kesihatan perakkompaunPelajar Kolejpelitup muka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

11/10/2025
0

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan gejala penyakit berjangkit,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd