DARI FB NAJIB RAZAK
DENGAN mengambil kira jumlah orang yang telah diberi vaksin, saiz penduduk dan kadar pemberian vaksin terkini, vaccine tracker Bloomberg menganggarkan Malaysia akan mencapai tahap 75% daripada penduduk diberi vaksin untuk bebas Covid dalam tempoh 4.9 tahun lagi.
Berbanding 3 bulan lagi untuk Amerika Syarikat, 4 bulan lagi untuk United Kingdom, 5 bulan lagi untuk negara jiran Singapura, 8 bulan lagi bagi kesemua 27 buah negara dalam Kesatuan Eropah dan 3.3 tahun lagi untuk Indonesia.


