• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Adam Ahli Politik Pertama Ditahan Bawah Ordinan Darurat

oleh
15/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menjadi ahli politik pertama ditahan polis di bawah Ordinan Darurat.

Lokman menerusi siaran langsung di Facebook (FB) miliknya, malam tadi mengesahkan mengenai penahanannya itu.

Menurutnya, beliau diarah ke balai polis, semalam, bagi memberikan keterangan berhubung kenyataannya mengenai kematian Allahyarham Asisten Komisioner (ACP) Shariman Saidin, pada 3 April lalu.

“Semalam saya ditahan polis di bawah Ordinan Darurat. Secara rasmi saya orang politik pertama (ditahan bawah) ordinan darurat.

“Hanya kerana saya cuba untuk membela nasib keluarga ACP Shariman yang meninggal dunia disahkan sakit jantung selepas beberapa saat mengambil vaksin kedua,” katanya.

Pada 3 April lalu, Shariman, 56, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang, akibat sakit jantung.

Bagaimanapun, tular di media sosial bahawa kematian Allahyarham Shariman dikatakan selepas pengambilan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan kemudian dilaporkan menafikan dakwaan berkenaan yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, berlaku salah faham berhubung kenyataannya melalui video siaran langsung yang tular di media sosial.

Beliau menafikan membuat kenyataan bahawa punca kematian pegawai kanan polis itu akibat pengambilan vaksin, sebaliknya hanya mahu membantu keluarga itu mendapatkan pampasan sewajarnya.

Katanya, polis sudah mengarahkan beliau memadamkan video kenyataan itu dan jika gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan denda.

Terdahulu, media melaporkan pewartaan ordinan bagi mengekang berita tidak benar berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat yang berkuat kuasa 12 Mac lalu membolehkan polis menahan pesalah tanpa perlu menunggu perintah untuk siasat (OTI) daripada Pejabat Pendakwa Raya (DPPO).

Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No 2) 2021 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali selain denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan. – myMetro Online

Tags: ahli politikLokman Noor Adamordinan darurat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

20/06/2026
0

MUAR - "Kita ramai 'Hollywood'. Paling 'Hollywood' sekali yang dekat Muar" Demikian sindiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd