• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Petir Ketika Ini Bukan Cuaca Ekstrim

oleh
14/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan hujan lebat dan ribut petir melanda kebanyakan kawasan pantai barat Semenanjung ketika ini bukan perkara luar biasa atau cuaca ekstrim, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Jailan Simon.

Jelas beliau, keadaan cuaca itu berikutan negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang kebiasaannya menyebabkan hujan lebat atau ribut petir untuk waktu singkat, pada waktu petang dan awal malam.

“Setiap tahun perkara (ribut petir) ini berlaku sebenarnya dan selain kilat, ia kadangkala membawa angin kencang sehingga boleh merosakkan struktur bangunan atau pokok tumbang dan sebagainya.

“Agak sukar untuk kami mengatakan cuaca sekarang semakin ekstrim. Ini kerana ribut petir sebagaimana yang berlaku semalam (di Kuala Lumpur) pernah berlaku sebelum ini,” katanya, hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota semalam, susulan hujan lebat dan ribut petir berterusan sejak 4.30 petang.

Banjir kilat itu menyebabkan kenderaan ditenggelami air serta kesesakan lalu lintas, malah di media sosial juga, orang awam turut berkongsi visual kesan kerosakan harta benda selain struktur bangunan, termasuk gerai khemah peniaga bazar Ramadan roboh dan cermin bangunan pecah akibat dibadai ribut.

Jailan berkata, dalam keadaan ribut petir, angin kencang boleh mencapai kelajuan melebihi 100 kilometer per jam (km/j) yang boleh menyebabkan pokok tumbang serta kerosakan pada struktur bangunan.

Beliau berkata, MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca itu akan berterusan untuk tempoh beberapa hari akan datang dan pada minggu hadapan, situasi cuaca itu dijangka berkurangan.

“Pada minggu depan, keadaan ini mungkin berkurangan apabila angin mula berubah, namun orang ramai termasuk peniaga serta pengunjung di bazar Ramadan dinasihat untuk lebih berhati-hati dan memantau keadaan cuaca,” katanya.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca jangka panjang MetMalaysia pada 30 Mac lalu, fasa peralihan monsun bermula pada 16 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021 yang menandakan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut sejak 11 November tahun lepas.

Dalam tempoh itu, Malaysia menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan pembentukan ribut petir lazimnya melanda negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh. – BERNAMA

Tags: cuaca ekstrimhujan lebatMetMalaysiaRibut Petir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd