• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alvin Goh Dituduh Terima RM2.14 Juta Hasil Aktiviti Haram

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalang utama aktiviti perjudian dalam talian, Alvin Goh atau Goh Leong Yeong dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini, bagi menghadapi pertuduhan menerima wang RM2.14 juta hasil daripada aktiviti haram.

Alvin Goh tiba jam 11.05 pagi dengan dibawa oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menaiki van.

Suspek berdepan tujuh pertuduhan menerima wang RM2.14 juta hasil daripada aktiviti haram pada September 2019 sehingga November 2019.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pertuduhan ini juga adalah berkaitan tangkapan ratusan warga China di Cyberjaya.

Siasatan kes yang dilakukan Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum ini menyita RM482,508.19 milik syarikat Alvin Goh.

Syarikat Alvin Goh juga didapati membenarkan imigran larangan berada di premis miliknya dan menjalankan aktiviti berkaitan scam online.

Sebelum ini media melaporkan Alvin Goh bersama Addy Kanna dan dua lagi anggota polis ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

Alvin Goh ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis. – myMetro Online

Tags: aktiviti haramalvin gohperjudian dalam talian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Lagi Ditahan Kes Iklan Judi Dalam Talian

19/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima lagi individu, termasuk pengarah, komposer serta penyanyi disyaki terbabit dalam pembikinan video iklan mempromosikan...

Jangan Tularkan Iklan Raya Promosi Judi – Jakim

16/04/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta umat Islam di negara ini agar tidak menularkan video yang dipercayai mengandungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd