• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP DAP Anggap Ustaz Lotfi Penggganas!

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen DAP menyelar parti PAS kerana dilihat seolah-olah menyokong perjuangan bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, Allahyarham Mohd. Lotfi Ariffin di Syria.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, beberapa pemimpin PAS dilihat seakan-akan setuju dengan perjuangan militan Mohd. Lotfi, 46, hingga menimbulkan kekeliruan tentang pendirian parti itu tentang aktiviti militan dan keganasan.

“PAS harus konsisten dengan pendiriannya terhadap keganasan dan ia mesti menegaskan kembali pendiriannya itu susulan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang kelihatan ‘mengkagumi’ jalan yang dipilih oleh Mohd. Lotfi yang dilapor syahid di Syria.

“Jalan yang dipilih oleh Mohd Lotfi adalah haknya. Namun kita tidak seharusnya menyokong keganasan atas alasan apa sekali pun. Jalan ke hadapan adalah dengan demokrasi dan juga perjuangan demi keadilan serta kebebasan tanpa penumpahan darah,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Lip Eng berkata,  PAS mesti berhati-hati dalam memberikan sokongan kepada mana-mana kumpulan militan mahupun anggota kumpulan militan.

Media kelmarin melaporkan pemimpin pejuang rakyat Malaysia di Syria, Mohd. Lotfi meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki selepas lima hari berada dalam keadaan koma akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu pada 9 September lalu.

Mohd. Lotfi yang juga dikenali sebagai Ustaz Lotfi dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.40 pagi.

Tags: DAPpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Keluar Kerajaan Pusat Juga Sebab Anggap ‘KPT Lembap Macam Kura-Kura’

DAP Patut Keluar Kerajaan Pusat Juga Sebab Anggap ‘KPT Lembap Macam Kura-Kura’

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan DAP keluar daripada Kerajaan Melaka sebagai langkah yang...

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial dan pengulas politik pro Pakatan Harapan (PH), Ahmad Faizuddin mendakwa orang Melayu lebih takut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd