• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Darjah SUMW Kepada 4 Penerima

oleh
06/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan, Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada empat individu kenamaan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Turut berangkat pada istiadat di Istana Negara Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mendahului senarai penerima ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas yang dianugerahkan darjah SUMW membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah kebesaran itu adalah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Hadir sama pada istiadat tersebut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Sementara itu, Annuar dalam kenyataan berkata, penganugerahan tersebut diberikan kepada tokoh yang memberikan sumbangan besar kepada kemajuan Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, Abdul Rahman berjasa dalam mengukuhkan jalinan perniagaan dan industri antara Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang membuka peluang perniagaan baharu serta pelaburan bagi komuniti perniagaan dan industri.

Sementara, Juhar pula memainkan peranan penting menyuntik semangat yang dibawa dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah adalah satu daripada rakan sekutu dalam kewujudan Malaysia.

“Kemajuan Sabah membolehkan Wilayah Persekutuan Labuan meluaskan rangka kemajuan ekonominya secara bersepadu dengan Sabah sebagai sebuah hab logistik, pengangkutan, minyak dan gas serta pelancongan,” menurut Annuar.

Menurut kenyataan itu, Ragad Kurdi adalah penaung pelbagai organisasi kebajikan dan amal bergiat aktif dalam menghulurkan sumbangan serta bantuan kewangan dan peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid-19.

Mohd Ali pula banyak berjasa mengeratkan hubungan Melaka dan Kuala Lumpur sebagai bandar raya berkembar dalam pelbagai sektor ekonomi. – BERNAMA

Tags: darjah kebesaranHari Wilayah PersekutuanSeri Utama Mahkota WilayahYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Jalani Rawatan Susulan, Tidak Berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan

Agong Jalani Rawatan Susulan, Tidak Berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan

31/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian...

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd