• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Kemudahan Penerima 2 Dos Vaksin Covid-19

oleh
01/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan akan mengkaji kemungkinan untuk memberi kemudahan tertentu kepada individu yang sudah menerima dua suntikan dos vaksin Covid-19. 

Ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah sebagai dorongan serta galakkan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

Menurutnya, ketika ini pendaftaran penerimaan vaksin daripada rakyat menunjukkan peningkatan agak baik dengan kira-kira 7.5 juta iaitu 30 peratus daripada sasaran. 

“Kita yakin bahawa lebih ramai akan mendaftar sebagai penerima vaksin apabila fasa kedua bermula pada 19 April ini.

“Pada masa ini, masih ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat, jika tidak ada masalah dalam kalangan yang sudah menerima vaksin, baru mereka akan tampil,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini, hari ini. 

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, pihaknya dan KKM akan memutuskan dasar serta kerangka kerja untuk hospital swasta membeli vaksin terus daripada pembekal. 

“Kebenaran terbabit sudah diberikan kepada hospital swasta supaya berunding dengan pembekal bagi pembelian vaksin Covid-19, namun perkara itu masih di peringkat awal. 

“Pihak hospital perlu sedar pasaran vaksin antarabangsa ketika ini sangat terhad dan sekiranya berjaya sekali pun, vaksin itu mungkin hanya akan diterima pada hujung tahun ini atau tahun depan,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa terdapat 10 PPV di luar hospital dan klinik iaitu di tempat awam yang disediakan di lima daerah di Pulau Pinang serta mampu menyuntik 9,600 orang sehari.

Menurutnya, kemudahan yang sama juga disediakan di seluruh negara dalam usaha menjayakan PICK pada hujung tahun ini seperti disarankan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan persediaan PPV, namun pada Jun dan Julai nanti adalah kemuncak kerana penghantaran vaksin akan cecah jutaan. 

“Sekarang (penghantaran vaksin) hanya 100,000 hingga 200,000 seminggu tetapi selepas Jun iaitu fasa tiga, kita akan lihat jika lebih banyak keperluan (mewujudkan) PPV dengan syarat pendaftarannya meningkat,” katanya. – myMetro Online

Tags: KKMPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd