• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Rai Ulang Tahun Ke-75, Orkestra RTM Ke 60 Tahun

oleh
01/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada Khamis melakar detik bersejarah meraikan dua sambutan utama iaitu ulang tahun ke-75 penubuhan RTM dan ulang tahun ke-60 Orkestra RTM.

RTM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, jabatan itu juga bakal mencipta empat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records iaitu Stesen Penyiaran Paling Lama di Malaysia.

Selain itu, RTM juga akan mencipta rekod Forum Paling Terbanyak Disiarkan Secara Langsung Serentak Melalui TV dan Radio RTM, Siaran Langsung Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Hari RTM ke-75 Tahun Secara Serentak Melalui TV dan Radio RTM dan Orkestra Paling Lama.

“Kemuncaknya menerusi ‘Konsert Kita RTM Gemilang Selamanya’ bersiaran secara langsung dalam normal baharu pada 3 April, 9 malam bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

“Konsert ini bagi membangkitkan momentum RTM meraikan ulang tahun berganda untuk RTM dan Orkestra RTM ke-60 akan membariskan artis-artis yang dilahirkan oleh RTM sepanjang tujuh dekad yang lalu,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, buat pertama kalinya Lagu Tema RTM 75 bakal diperdengarkan dan juga Pelancaran Saluran Sukan RTM, iaitu saluran sukan pertama dimiliki sepenuhnya RTM yang akan membawa aksi-aksi sukan tempatan dan antarabangsa di Saluran 111 my Freeview.

Menurut kenyataan itu, sempena sambutan Orkestra RTM ke-60 bertemakan ‘Gemilang Selamanya’ Orkestra Paling Lama di Malaysia iaitu sejak 1961 ini tampil dengan lagu tema baharu Teman Setia Anda hasil ciptaan Raja Sham dan lirik oleh Zaira.

“Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam Khas turut bersiaran pada 1 April ini pada 9 malam menerusi saluran TV1.

“Tema yang dipilih ‘Evolusi Dakwah’ Signifikan angka 75 penerbitan Forum Perdana kali ini dirancang berlangsung selama 75 minit tanpa henti serentak di 15 lokasi dan 75 orang tenaga produksi menjayakan program ini,” menurut kenyataan itu.

Di samping itu, RTM juga berkolaboratif dengan Pos Malaysia untuk menghasilkan Setem Khas Hari RTM Ke-75.

Suara penghubung antara kerajaan dan rakyat menerusi enam saluran TV dan 34 stesen radio, RTM memilih slogan ‘Teman Setia Anda’ yang menekankan peranannya sebagai pejuang agenda penyiaran yang sentiasa bergerak mengikut peredaran zaman dan memenuhi cita rasa pelbagai peringkat umur. – BERNAMA

Tags: Jabatan Penyiaran MalaysiaRTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd