• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Loji Pertamina: Tiada Terkorban, 3 Hilang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Tiada pekerja Pertamina dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran dan letupan dahsyat yang berlaku di loji penapis minyak, syarikat minyak dan gas nasional Indonesia di Indramayu, Jawa Barat, kira-kira 200 kilometer dari sini.

“Kebakaran kini terkawal, proses pemadaman sepenuhnya dijangka selesai empat atau lima hari, tiada kemalangan jiwa (libatkan petugas Pertamina) dalam kejadian berkenaan,” kata Direktur Utama Pertamina, Nicke Widyawati pada sidang akhbar yang diadakan secara maya, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, sebuah tangki di kilang Pertamina Balongan itu terbakar ketika hujan lebat dan petir di kawasan berkenaan, sebelum api merebak ke seluruh loji berkenaan.

Kebakaran dan letupan kuat di loji berkenaan menyebabkan penduduk di kawasan sekitar panik dan bertindak meninggalkan kediaman mereka ke kawasan yang lebih selamat.

Menurut laporan media tempatan, beberapa rumah penduduk di kawasan sekitar turut mengalami kerosakan ringan akibat letupan daripada loji berkenaan.

Sementara itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) dalam satu kenyataan berkata, seramai 912 penduduk dari beberapa kampung berdekatan melibatkan Desa Balongan, Desa Sukareja, Desa Rawadalem, Desa Sukaurip dan Desa Tegalurung, kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Setakat ini (11 pagi waktu Indonesia barat), lima orang awam cedera parah, 15 cedera ringan, manakala tiga masih dilaporkan hilang berikutan kejadian itu,” kata Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan BNPB, Dr Raditya Jati dalam satu kenyataan.

Loji penapis Balongan itu antara tujuh loji penapisan minyak utama Pertamina yang memproses minyak mentah dan telah beroperasi sejak 1994. – BERNAMA

Tags: IndonesiakebakaranLoji Penapis Minyak Pertamina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd