• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Jemaah Haji Diberi Keutamaan Vaksin Covid-19

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadat berkenaan tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, Tabung Haji (TH) akan mengemukakan permohonan dan senarai jemaah yang bakal mengerjakan haji mengikut jadual tertentu.

Selain itu, katanya, Malaysia masih menanti keputusan muktamad Arab Saudi untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.

“Bila ia wajib, maka kita akan kerjasama dengan TH dan teliti senarai bakal jemaah yang diluluskan untuk melakukan ibadat haji tahun ini.

“Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” katanya pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Jumaat lalu dilaporkan menggesa 31,600 bakal jemaah haji 2021 yang mendapat surat tawaran mengerjakan ibadah itu tahun lalu, digesa segera mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

Langkah itu disifatkan sebahagian daripada persiapan bakal jemaah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran menunaikan haji tahun ini.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata, vaksin Covid-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Sekiranya Arab Saudi mengumumkan keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan bakal jemaah haji, Khairy berkata, Kerajaan Malaysia akan menggalas tanggungjawab menyediakan suntikan pelalian berkenaan secepat mungkin.

Bagaimanapun, beliau menaruh keyakinan bahawa jumlah bakal jemaah haji tahun ini tidak ramai kerana perlu mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP), khususnya membabitkan penjarakan fizikal bagi membendung penularan Covid-19.

“Kita jangka jumlah bakal jemaah haji tidak ramai, justeru ada bekalan mencukupi untuk diberikan kepada mereka,” katanya. – myMetro Online

Tags: jemaah hajivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd