Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Pulangkan Ubat Jika Tak...

BAGAN DATUK - Pesakit yang ada ubat daripada klinik atau hospital kerajaan tetapi...

Kren Bawa Turun Lembu...

ISLAMABAD - Lazimnya penduduk yang tinggal di rumah pangsa dengan ruang terbatas di kota...

Mitos DAP-Pakatan Harapan Terhadap...

SAYA berasa sedikit terkesima dan terkejut dengan kenyataan balas Kwan Say Hong, Setiausaha...

Najib Naik Kereta Api...

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa merasai sendiri...

Bakal Jemaah Haji Diberi Keutamaan Vaksin Covid-19

PUTRAJAYA – Pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadat berkenaan tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, Tabung Haji (TH) akan mengemukakan permohonan dan senarai jemaah yang bakal mengerjakan haji mengikut jadual tertentu.

Selain itu, katanya, Malaysia masih menanti keputusan muktamad Arab Saudi untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.

“Bila ia wajib, maka kita akan kerjasama dengan TH dan teliti senarai bakal jemaah yang diluluskan untuk melakukan ibadat haji tahun ini.

“Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” katanya pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Jumaat lalu dilaporkan menggesa 31,600 bakal jemaah haji 2021 yang mendapat surat tawaran mengerjakan ibadah itu tahun lalu, digesa segera mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

Langkah itu disifatkan sebahagian daripada persiapan bakal jemaah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran menunaikan haji tahun ini.


Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata, vaksin Covid-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Sekiranya Arab Saudi mengumumkan keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan bakal jemaah haji, Khairy berkata, Kerajaan Malaysia akan menggalas tanggungjawab menyediakan suntikan pelalian berkenaan secepat mungkin.

Bagaimanapun, beliau menaruh keyakinan bahawa jumlah bakal jemaah haji tahun ini tidak ramai kerana perlu mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP), khususnya membabitkan penjarakan fizikal bagi membendung penularan Covid-19.

“Kita jangka jumlah bakal jemaah haji tidak ramai, justeru ada bekalan mencukupi untuk diberikan kepada mereka,” katanya. – myMetro Online

Kategori