• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Mesti Tegas Dengar Suara Akar Umbi Tanpa Kompromi

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suhu kehangatan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini semakin terasa.

Ia susulan pertemuan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.

Menurut laporan UMNO-Online, pertemuan yang berlangsung di kediaman Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut memutuskan beberapa perkara antaranya UMNO mesti tegas mendengar suara akar umbi.

Katanya, itu antara agenda pertemuan tiga pemimpin UMNO yang sememangnya diketahui ‘tidak mesra’ Perikatan Nasional (PN).

“Apa yang diputuskan oleh akar umbi, UMNO mesti tegas mendengar dan melaksanakan amanah akar umbi tanpa sebarang kompromi,” katanya.

Dalam pertemuan itu juga, mereka turut membincangkan bahawa PAU merupakan platform terbaik untuk memperkukuhkan parti dan meneruskan kesinambungan solidariti dalam kalangan ahli serta pimpinan pelbagai peringkat.

Turut dibincangkan adalah mengenai Muafakat Nasional (MN) di mana parti itu akan melihat kepada senario semasa dan sebarang keputusan yang diambil mestilah berpaksikan kepada suara UMNO.

“Agenda ekonomi juga turut dibincangkan dalam pertemuan ketiga-tiga pemimpin itu,” katanya.

Pada Rabu, Ku Li berkongsi gambar di Twitternya bahawa beliau menerima kunjungan Ahmad Zahid dan Najib di kediamannya.

“Menerima kunjungan dari Datuk Seri @DrZahidHamidi dan Datuk Seri @NajibRazak,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.

Pada 5 Mac lalu, Ku Li menggesa pemimpin UMNO untuk berhenti ‘main wayang kulit’ dan memutuskan hubungan dengan kerajaan PN dengan segara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO segera bermesyuarat dan meminda keputusan mahu bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar. – Sinar Harian

Tags: PAU 2020Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd