• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat Lambai 5 Jari

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SEMASA mahu dapatkan undi hari-hari nampak muka. Selepas dapat undi nak jumpa pun payah.”

Itu antara rungutan yang selalu berkemundang tentang perangai wakil rakyat kita zaman berzaman.

Sehingga ada sindiran wakil rakyat lambai tangan lima jari bermaksud lima tahun baru jumpa lagi.

[Jumpa lagi pada pilihan raya umum selepas tamat penggal lima tahun.]

Lebih menyakitkan hati apabila dapat tahu wakil rakyat tidak pulang kawasan kerana menetap ‘oversea’.

Setiap bulan gaji dan elaun kerajaan Malaysia ‘bank-in’, tetapi berada di luar negara bersama keluarga.

Mustahil ini juga boleh dianggap sebagai ‘Work From Home’. Melampau sekali jika begitu.

Lagipun Parlimen tidak bersidang. Inilah kesempatan untuk wakil rakyat kerap pulang kawasan.

Rakyat ada banyak perkara mahu diperkatakan dan diperbincangkan dengan wakil yang mereka lantik.

Namun dalam setandan pisang tidak semua busuk. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Masih ada jua wakil rakyat yang kerap turun padang bagi memastikan kebajikan pengundi mereka.

Paling diketahui ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dato’ Pa akan pulang ke kawasan beberapa kali dalam sebulan.

Menziarahi rakyat Jeli untuk mendengar sendiri keluh kesah mereka selain meninjau pembangunan di situ.

Terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu menaiki bas ekspres pulang ke Kelantan pada 5 Mac lalu.

Benar kini zaman teknologi. Zaman telefon pintar. WhatsApp, Facebook. Zaman media sosial.

Namun inilah cara ‘old school’ Dato’ Pa mendapatkan maklum balas permasalahan rakyatnya sejak dulu.

Meninjau sendiri keadaan dan berbincang dari hati ke hati bersama penduduk jauh lebih tepat dan efektif.

Seorang lagi wakil rakyat diketahui kerap pulang kawasan ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walau apa pun, wakil rakyat lain kena ingat rakyat semakin bijak dan cakna kuasa undi pada tangan mereka.

Jangan pada akhirnya tiada siapa untuk anda lambai lima jari apabila tiba masa untuk pulang ke kawasan pada pilihan raya umum akan datang. – Mynewshub.TV

Tags: Ahli ParlimenIsmail Sabri YaakobMustapa Mohamedwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd