• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokpa Kongsi Pengalaman Dirawat Akibat Covid-19

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dibenarkan keluar hospital petang ini, selepas 12 hari dirawat akibat Covid-19.

Mustapa yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dibenarkan pulang jam 4.30 petang.

Menceritakan pengalaman sepanjang menerima rawatan, Mustapa yang lebih mesra dikenali sebagai Tokpa berkata, paling mencemaskan adalah ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari berikutan terdapat masalah pernafasan selain kekurangan tenaga.

Namun menurut beliau, hasil pemantauan rapi doktor dan jururawat, serta keyakinan penuh kepada ketentuan Allah SWT, beliau beransur pulih. 

“Sekarang saya perlu lebih banyak berehat, kurangkan kerja dan tidak boleh bertemu ramai orang.

“Selain itu, pelitup muka, pembersih tangan, penjarakan sosial dan pemakaian pelindung muka perlu menjadi amalan kita semua sepanjang masa sehingga pandemik ini benar-benar pulih,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 memberi pengajaran kepada manusia supaya insaf dan sedar betapa kerdilnya kita semua.

“Sepanjang pandemik Covid-19, kita perlu menjaga maslahah umum mengatasi kepentingan peribadi. Ancaman ini serius, perlu diambil berat oleh rakyat. 

“Ketakutan kepada Covid-19 biar sebati dengan diri kita kerana kita masih belum memenangi peperangan ini. Berdiri teguh di belakang kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak penguat kuasa bagi mempertahankan nyawa serta kehidupan,” katanya.

Ahli Parlimen Jeli itu turut berterima kasih kepada semua kakitangan KKM, khususnya di HRPZ II, keluarga serta sahabat dari seluruh negara yang memberi kata-kata semangat, ucapan selain doa.

“Semoga Allah SWT menyelamatkan negara kami, pemimpin-pemimpin kami dan semua rakyat daripada Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd