• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Kaji Cadangan Umur Bersara 62 Tahun

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun.

Namun Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sebarang keputusan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam bukan hanya merupakan keputusan JPA tetapi turut melibatkan keputusan kerajaan.

“Saya kena lihat secara keseluruhan dan mengkaji terlebih dahulu. Ini bukan keputusan JPA sahaja dan ia juga merupakan keputusan kerajaan atau dasar yang kita kena bawa balik kepada kerajaan.

“Buat masa ini, saya ingat tidak perlu komen panjang mengenai hal berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau merasmikan Pusat Latihan Kemahiran Peringkat Tertinggi CoAS, Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.

Semalam CUEPACS meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam atas alasan negara sedang menuju status negara maju.

Sementara itu Mohamad Zabidi berkata kerajaan akan memperluas pengambilan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata kini 17 skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diperuntukkan kemasukan di peringkat SKM yang akan diperluas kepada lebih banyak skim perkhidmatan lain.

“Penjawat awam dengan kelayakan SPM dan memiliki sijil kemahiran akan memperoleh gaji permulaan lebih tinggi dan ini merupakan nilai tambah kepada mereka yang memiliki SKM,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPAPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd