• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Anak Masih Percaya Bapa Ada Urusan Perniagaan

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – “Setahun sudah berlalu sejak Penerbangan MH370 hilang, tetapi saya masih belum ada berita untuk dikongsi dengan cucu lelaki saya yang berumur lima tahun mengenai nasib bapanya, yang menaiki pesawat malang itu pada 8 Mac (tahun lepas),” kata G Subramanian.

Subramanian, 61, bapa kepada S Puspanathan, antara penumpang MH370, berkata dia menghadapi masalah untuk menerangkan tentang ketiadaan Puspanathan kepada cucunya, Harish Varman.

“Kini, setahun sudah berlalu, Harish masih percaya kata-kata ibunya bahawa bapanya tiada di rumah kerana ada urusan perniagaan.

“Tapi, kami tidak boleh terus berbuat begini kerana saya percaya dia sudah cukup matang untuk memahami perkara sebenar,” kata Subramanian kepada pemberita di rumahnya di Taman Dato Hormat, Teluk Panglima Garang dekat sini.

Puspanathan, 35, yang bertugas sebagai pengurus pemasaran dengan sebuah syarikat, adalah antara 239 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Kerajaan secara rasmi mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 adalah suatu kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapalnya dianggap meninggal dunia.

Puspanathan, yang mendirikan rumah tangga dengan K Sri Devi, mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun.

Subramanian, yang lahir di Carey Island Estate, Kuala Langat dan bertugas sambilan sebagai pengawal keselamatan, berkata setiap kali pesawat terbang di ruang udara rumahnya, dia akan terkenang anaknya itu.

“Kami terus menaruh harapan agar Puspanathan akan pulang suatu hari nanti, walaupun kami tidak mendapat khabar tentang nasibnya,” kata Subramanian, yang tidak dapat menahan air matanya.

Subramanian, yang mendirikan rumah tangga dengan A Amirtham, 61, berkata berikutan tragedi itu, dia juga terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anak perempuannya, Thenmoly, 27, yang sepatutnya berlangsung pada Januari lepas.

– BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd