• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Sindiket Dadah RM5.2 Juta

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah antarabangsa bernilai RM5.2 juta, berikutan penahanan lelaki berusia 54 tahun di Batu Ferringghi, di sini. 

Penahanan suspek pada jam 6.30 petang, 12 Mac lalu itu membabitkan sepasukan anggota dari Unit Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, berkata terdahulu polis mengejar lelaki yang memandu kenderaan jenis Mercedez Benz di Jalan Batu Ferringghi, selepas cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan. 

Katanya, pemeriksaan pada bahagian but belakang kereta terbabit menemukan sebanyak 15 bungkusan hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu, sepucuk pistol dengan kelopak berisi 14 butir peluru dan 39 peluru hidup dalam sebuah kotak hitam.

“Susulan itu, membawa kepada penahanan seorang rakan suspek iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun di sebuah rumah di Teluk Bahang, di sini. 

“Rumah terbabit dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah jenis syabu seberat 129.7 kilogram (kg),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini. 

Ujian saringan air kencing terhadap dua suspek itu didapati negatif dadah dan seorang daripadanya mempunyai tiga rekod lampau berkait dadah. 

Mengulas lanjut Sahabudin berkata, keseluruhan dadah yang dirampas ialah 144.7 kg bernilai RM5.2 juta bagi pasaran negara jiran. 

Katanya, dipercayai dadah berkenaan akan dibawa menerusi laluan laut kira-kira 25 hingga 30 batu nautika di perairan Pulau Pinang sebelum melakukan pertukaran dari bot ke bot.

“Kita masih mengesan saki baki ahli sindiket dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Indonesia bagi membantu siasatan. 

“Nilai keseluruhan rampasan dadah ialah RM5.7juta termasuk sitaan lima kenderaan dan sebuah motosikal dan jika dadah ini berjaya dipasarkan, ia boleh digunakanseramai 723,500 penagih dadah,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 Mac ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalyi Lebih Berat) 1971; Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. – BH Online

Tags: pengedaran dadahpolisSindiket Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd