• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Paling Ramai Terima Vaksin Covid-19

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 23 peratus daripada 292,104 penerima vaksin fasa pertama setakat Sabtu lalu terdiri daripada jururawat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata kumpulan kesihatan lain seperti pembantu perubatan, juru x-ray serta pemandu ambulans menjadi kumpulan ketiga tertinggi yang sudah menerima vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), iaitu lebih 23 peratus.

Katanya, ini diikuti doktor (22 peratus); petugas barisan hadapan bukan kesihatan seperti polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan (RELA) (21 peratus); doktor gigi (5.6 peratus); kumpulan ahli farmasi (3.4 peratus) dan penerima anggota pentadbiran serta wakil rakyat (0.11 peratus). 

“Hanya 302 (individu) yang datang daripada kategori anggota pentadbiran dan wakil rakyat,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, pemberian vaksin jenis Sinovac akan bermula pada jam 1.30 tengah hari, Khamis ini di Hospital Rembau.

Katanya, beliau akan menjadi penerima pertama bagi vaksin keluaran China itu. – BH Online

Tags: Imunisasijururawatvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

11/09/2024
0

Kota Bharu : Jururawat yang dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa didapati meninggal dunia di...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd