• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runtuhan Tebing: Kertas Cadangan Khas Dibawa Ke Kabinet

oleh
06/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan telah menghantar satu kertas cadangan khas kepada Kabinet bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, antara cadangan yang dikemukakan untuk penelitian adalah membaik pulih runtuhan tebing sungai, pengambilan tanah di kawasan yang terlibat dan pembinaan semula Rumah Pam Saliran Air Muleh.

”Jumlah saya tidak dapat umumkan lagi bergantung kepada analisis Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi kita jangka akan melibatkan peruntukan sebanyak RM60 juta.

“Hasil lawatan di tempat kejadian pagi tadi, kami mendapati masih berlaku pergerakan tanah dan rekahan baharu yang memerlukan tindakan segera. Kita khuatir sekiranya lambat diselesaikan keadaan akan bertambah teruk dan bilangan penduduk yang terlibat juga akan menjadi lebih ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang ke Tapak Projek Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu di Tunjong, di sini pada Sabtu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata, JPS telah membuat kajian mengenai punca runtuhan tebing tersebut dan hasil kajian itu akan dijadikan sebagai panduan untuk tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan bagi memastikan hakisan itu dapat dibendung.

“Bagi meringankan beban mereka yang terkesan dalam kejadian itu, kerajaan negeri telah menyediakan penempatan buat sementara waktu,” katanya.

Pada 17 Februari lepas, sebanyak lima rumah musnah susulan kejadian tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi menyebabkan kesemua 45 keluarga merangkumi 98 orang yang mendiami kawasan berkenaan dipindahkan ke kawasan selamat.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zuki berkata, beliau berpuas hati dengan kemajuan Projek Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu melibatkan kos RM470 juta yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Alhamdulillah, kita harap momentum ini dapat diteruskan oleh kontraktor dan agensi yang terlibat memandangkan ia mercu tanda yang boleh dijadikan contoh untuk pembangunan terutamanya di Pantai Timur,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanKetua Setiausaha NegaraMustapa MohamedRuntuhan Tebing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd