• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPD Di Felda Jengka 1, 2, 7 Dan Felda Ulu Jempol Esok

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat kawasan Felda di Maran, Pahang bagi mengawal penularan kes COVID-19 di semua lokaliti berkenaan. 

Empat Felda berkenaan ialah Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol akan dikenakan PKPD selama 14 hari bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 46 kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan. 

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Felda Jengka 1, 2, 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang bermula 2 hingga 15 Mac ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan memastikan warga Felda Jengka 1, 2, 7 dan Felda Ulu Jempol yang berisiko dijangkiti kekal berada di dalam kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Nabawan, Sabah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di 15 buah kampung dalam daerah itu.

Hingga 28 Februari lalu, secara kumulatif sebanyak 177 kes positif dilaporkan membabitkan 15 buah kampung di daerah ini. 

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, PKP dilaksanakan di daerah Nabawan, Sabah bermula 3 hingga 16 Mac ini,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri mengumumkan penamatan PKPD di tiga lokaliti bermula esok iaitu di Penjara Sungai Undang dan Kuartes Kakitangan, Melaka; Kampung Sungai Maong, Kuching, Sarawak dan Taman Univista, Kota Samarahan, Sarawak.

Di Penjara Sungai Undang dan Kuartes Kakitangan, hingga kini, KKM sudah melaksanakan 1,701 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 388 kes direkodkan. 

Bagi PKPD di Kampung Sungai Maong, Kuching, Ismail Sabri berkata KKM sudah melaksanakan 427 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 40 kes direkodkan. 

KKM turut mengesahkan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 23 Februari lalu dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. 

Untuk Taman Univista, Kota Samarahan, hingga kini KKM melaksanakan 700 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 57 kes direkodkan. 

“KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 23 Februari lalu iaitu sebanyak 4 kes positif,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19FeldaMaranPahangPKPD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd