• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Jadi ‘Bad Boy’ Untuk Lindungi Nyawa Rakyat” – Ismail

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Mac tahun lalu bertujuan melindungi nyawa rakyat daripada dijangkiti COVID-19. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan melaksanakan PKP itu juga dibuat ketika belum ada negara lain yang boleh dijadikan panduan kerana masing-masing sedang bergelut dengan penularan pandemik itu.

Katanya, pada waktu itu juga belum hampir dua minggu barisan kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk dirinya mula bertugas di kementerian masing-masing, sebelum Perdana Menteri mengumumkan PKP pada 16 Mac dan dilaksanakan pada 18 Mac.

“Apa yang kita lakukan adalah acuan kita sendiri.

“Alhamdulillah kita lihat, kita memperoleh kejayaan. Memang benar saya jadi ‘bad boy’ lah kerana saya yang terpaksa menutup (sempadan). 

“Saya yang terpaksa memperkenalkan SOP ketat dan sebagainya, tetapi ia adalah antara nyawa dan kehidupan. Bagi kita (kerajaan) nyawa rakyat amat penting dan mesti dilindungi. 

“Sebab itulah kita memperkenalkan PKP pertama yang sangat ketat sehingga tidak ada pergerakan langsung, semua hanya duduk di rumah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila keadaan semakin baik kerajaan memperkenalkan pula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan beberapa sektor ekonomi mula dibuka, manakala apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan, lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan. 

Pun begitu, katanya, kerajaan masih memastikan SOP yang diperkenalkan pada PKP dipatuhi dan sekatan jalan raya serta kawalan sempadan masih dilaksanakan untuk mengawal kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk memperkasakan Ops Benteng. – BH Online

Tags: Covid-19Ismail Sabri Yaakobperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd